ISI DAN MESEJ
1) Perjuangan kemerdekaan
Orang-orang Melayu
bangkit menuntut kemerdekaan, orang- orang Cina dan India turut sama mewujudkan
persatuan mereka untuk membela nasib mereka di Malaya.
2) Sejarah awal
Manifestasi dasar
pecah dan perintah Inggeris yang dijalankan di Malaya oleh pihak penjajah. Kaum
Melayu di kawasan kampung, kaum India di kawasan ladang dan kaum Cina di kawasan
lombong.
3) Kesengsaraan hidup
Abdullah Hussain
turut memaparkan keadaan masyarakat pada awal abad ke-20. Di situlah
digambarkan situasi sosial, ekonomi dan politik. Ketiga- tiga
kaum ini berusaha meningkatkan taraf hidup untuk merubah penghidupan mereka
daripada kehidupan yang kurang baik menjadi lebih baik.
4) Perpaduan nasional
Tiga kaum iaitu
Melayu, Cina dan India bersatu hati dan bekerjasama, sanggup berkorban demi keharmonian
dan keamanan.
NILAI BUDAYA
1) Adat Pengebumian
....Sebentar
sahaja orang-orang kampung itu telah banyak yang datang. Mail Jambul juga
sampai. Gayah anak Mat Ranggi berpakaian macam hari raya. Mat Ranggi sudah
mendapat tempat duduk di atas pelantar dekat pohon cermai. Dia sudah lenguh
berdiri agaknya. Lebai Man menyuruh Mail Jambul mengurus segala keperluan
mayat. Mencari orang yang akan memandikannya, orang yang akan menyembahyang.
Orang yang membuat keranda sudah mulai bekerja mengukur, memotong dan mengetam
papan....
2) Adat Menziarahi Jenazah
....Dia melihat
pula pada orang-orang lain. Mereka itu telah berkumpul di tangga. Pak Usuh dan
isterinya Mak Doyah, Mamat Labu pun ada juga. Mereka ialah tetangga mereka yang
paling dekat. Pak Kadim telah mencuci kakinya dan naik ke atas, diikuti oleh Pak
Usuh dan Mak Doyah dan Mamat Labu. Mak Limah kembali meraung, apabila dia
melihat jiran tetangganya itu datang...
3) Budaya Tolong-Menolong
“Aku juga bingung,
Seman. Aku bingung seperti kau.” Lebai Man mengeluarkan kata-kata itu dengan jujur.
Dia tidak pernah memikirkan hal serupa ini, kerana hal serupa itu tidak pernah
ada ada. “ Aku fikir lebih baik kita
tanyakan kepada tuk penghulu. Bagaimana fikiranmu?”
Minumlah dulu,”
kata Lebai Man. “Nanti kita pergi ke rumah tuk penghulu.”
“Marilah duduk di
rumah saya, sementara belum ada tempat lain. Makan nasi dengan garam pun kalau
sudi apa salahnya,” ujar Lebai Man.
PANDANGAN HIDUP
1) Percaya kepada Qada’ dan Qadar
Mak Limah reda dan
menerima dengan hati terbuka atas pemergian Mak suaminya menghadap Ilahi iaitu
Pak Musa akibat batuk yang teruk.
Sudah dua bulan
lebih sejak hari kematian bapanya. Seman masih dalam keadaan resah gelisah.
Akan dan minum tidak berapa dihiraukan amat. Di sana dia duduk termenung dan di
sini dia duduk termenung. Ibunya berasa gundah dengan keadaan itu.
“Jangan
kauturutkan hatimu sangat, Seman.” kata ibunya. “Aku juga bersedih seperti kau,
tetapi sabarlah”.
2) Tidak Mementingkan Pendidikan
Ada segelintir
masyarakat yang tidak mahu menghantar anak ke sekolah.
Mereka menganggap
bahawa apabila anak-anak bersekolah boleh mengabaikan pendidikan agama seperti
mengaji al-Quran.
Menurut daftar
saya ini Pak Musa ada anak lelaki yang sudah berusia 11 tahun, mana dia budak
tu? Tanya guru besar itu ketika sampai di depan tangga Pak Musa.
“Tak ada di rumah
, cikgu. Dia sudah pergi ke rumah pakciknya di Kampung Nibung sudah sebulan
lamanya” jawab Pak Musa.
“Baiklah cikgu,
kalau dia balik nanti saya bawa dia ke
sekolah”
Setelah guru besar
itu berlalu. Pak Musa ketawa
terkekeh-kekeh, diikuti Mak Limah. Dia amat gembira kerana telah menipu guru
besar itu.
3) Berpegang Teguh kepada Adat Istiadat
Kim Lock mahu
perkahwinan itu mengikut adat istiadat di negeri China, kalaupun tidak
seluruhnya, sedikit-sedikit pun dikehendaki juga. Dia mahu pengantin perempuan
dijemput dengan tandu pengantin – hua ciao yang ditutup dengan tabir sehingga
tidak seorang pun yang dapat melihat waktu pengantin itu dalam
perjalanannya ke tempat
perkahwinan.
4) Sikap Keterbukaan
Sikap keterbukaan
ditunjukkan oleh Maniam iaitu melalui persahabatannya dengan Musa dan bapa
kepada Seman.
Maniam membantu
Seman mendapatkan pekerjaan.
Maniam juga
menolong menyelamatkan Poh Eng iaitu anak kepada Cing Huat daripada tentera
Jepun.
“Jadi bolehlah
tuan menolong saya mendapat kerja di sini?”
“Akan aku
usahakan. Tetapi di sini belum ada orang Melayu yang bekerja. Di Bahagian I
itu sudah banyak orang-orang
Melayu sejak bapamu dulu. Bapamulah yang membuka jalannya”
“Saya minta tuan
beri perlindungan kepada dia dan mak saya di sini. Saya mahu kembali ke
kampung” ujar Seman.
Maniam bercakap
Tamil dengan orang-orangnya. Sejurus kemudian dia berkata kepada Seman.
“Baiklah,”
katanya, “Tempatmu dulu masih kosong lagi. Bawalah makmu dan anak perempuan ini
ke sana. Kami akan menjaganya.”
NILAI ILMU
1) Ilmu Pendukunan
Peristiwa Mak Limah dan Seman memanggil dukun iaitu,
Pak Utih untuk mengubati Pak Musa.
Kemudian dukun itu
mengeluarkan bungkusan kuning dari dalam sakunya, daripada bungkusan kuning
yang sudah kumal itu diambilnya seketul kemenyan sebesar ibu kaki, lalu di pecah-pecahkan
dengan ibu jarinya. Serpihan kemenyan yang jatuh ke atas bara itu menimbulkan
asap yang wangi. Sebentar kemudian seluruh ruangan rumah ibu itu telah dipenuhi
bara oleh kemenyan. Pak Utih meletakkan ketul kemenyan itu ke atas tikar. Kedua-dua
telapak tangannya ditelungkupkan di atas asap, sambil membaca mantera dia
menyapu telapak tangan yang sudah diasapkan itu kemukanya tiga kali
berturut-turut.
2) Ilmu Firasat Mimpi
Peristiwa Cing Huat bermimpikan ibunya.
Rupanya sudah dua
bulan ibunya mati. Dia teringat kira-kira dua bulan yang lalu dan begitulah dia
bermimpikan ibunya, tetapi dia tidak fikirkan sangat tentang mimpi itu.
Sangkanya dia bermimpi kerana dia tidak pernah lupa pada ibunya, walaupun mimpi
itu ganjil. Ibunya menaiki sampan seorang diri dan melambai-lambai kepadanya di
dalam sebuah tasik yang amat luas. Cing Huat sedang berdiri di tepi tasik itu,
dia memanggil ibunya kuat-kuat, tetapi ibunya seolah-olah tidak
mengendahkannya. Barangkali waktu itulah ibunya itu mati.
3) llmu Agama Islam
Ismail atau Mail Jambul
Lebai Man
mempunyai seorang penolong, Ismail namanya, tetapi dia dipanggil Mail Jambul.
Dia memberi kepercayaan kepada penolongnya itu untuk memimpin anak-anak itu
bersembahyang. Mail Jambul itu lebih tua daripada budak-budak lain dan dia tahu
membaca ayat-ayat Quran yang panjang-panjang serta menghafaz hukum-hukum macam
burung nuri.
4) Ilmu Perniagaan
Ching Huat
Mereka menolak
telur ayam dan telur itik kepadanya, mereka tukar dengan barang keperluan yang
dibawanya. Kadang-kadang waktu petang mereka datang membelikan di kedainya.
Cing Huat sudah pandai berniaga. Sudah pandai melihat mata dacing dan sudah
cekap tawar-menawar. Dia sudah hampir sama pandai dan sama cekap dengan
bapanya.
TEKNIK KEPENGARANGAN
1) Pengalaman Pengarang
Pernah berkhidmat
dengan pasukan Fujiwara di Sumatera, ditahan oleh pemerintah Belanda di Medan,
dibebaskan oleh Jepun dan dibawa ke Acheh untuk berkhidmat sebagai penjaga stor
dalam perusahaan lombong bijih timah di Pahang pada tahun 1939. Pengalaman
berinteraksi beliau dengan pemerintah Jepun, Inggeris, golongan pekerja dari
Cina dan India di lombong dan ladang-ladang memberikan sumber idea atau
maklumat tentang kedatangan awal para buruh kasar dari Cina dan India yang
bekerja di Semenanjung Tanah Melayu. Segala maklumat
tersebut dicernakan dengan sempurna ke dalam karyanya iaitu Interlok menerusi
keluarga Cing Huat dan keluarga Maniam serta kemasukan buruh Cina dan India ke
Tanah Melayu.
2) Unsur Estetika
Kehidupan alam flora dan fauna
Matahari telah
mulai tinggi. Panas sudah mulai menyucuk ke dalam kulit. Di langit biru awan
berarak dari timur ke barat. Di dalam sawah di kiri kanan batas ban itu, rumput
sudah mulai menghijau. Kerbau dan lembu yang dilepas, berkumpul di sana sini
bagai pulau-pulau kecil, di tengah-tengah lautan gap dan terbang di sekitar
kumpulan lembu dan kerbau itu. Seekor burung gagak terbang dengan bunyi yang
riang arah ke selatan.
-Memadankan nama
tempat dengan nama pokok seperti Changkat Janggus, Nyior Condong
-Nama-nama gelaran
watak seperti Mamat Labu, Din Jongang, Mat Ranggi, dan Bedah Ranggi.
-Latar tempat yang
menarik seperti keadaan dan suasana dalam ladang, kebun, sawah dan
perkampungan.
3) Teknik Plot
-Bersifat kronologi
iaitu peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam novel mengikut urutan waktu.
-Bermula dari kisah
Seman iaitu penduduk asal Tanah Melayu, kisah penghijrahan Kim Lock dan
anaknya, Cing Huat serta kisah penghijrahan Maniam ke Tanah Melayu. Setiap
kisah dari Bab 1 hingga Bab 3 mempunyai kaitan yang amat menarik dan akhirnya
ketiga-tiga watak ini bertaut dalam Bab 4 iaitu Interlok.
4) Teknik Suspens
Sewaktu Pak Musa
meninggal dunia dan tidak sempat untuk memberitahu perkara sebenar kepada Seman
tentang harta miliknya. Dia mahu
berpesan kepada Seman sebelum dia mati dan pesannya itu malangnya baru setengah sahaja yang disampaikan olehnya.
Pesan yang setengahnya lagi mestilah dicari sendiri oleh Seman. Di mana akan
dicarinya, kepada siapa dia akan bertanya. Dia tahu ibunya sendiri tidak tahu.
Seman ditinggalkan dengan teka-teki.
5) Teknik Dialog
Dialog antara Mamat Labu dengan Seman
“Heh, kenapa kau
diam?” Mamat Labu berasa gusar melihat Seman diam serupa itu. Mata Mamat yang
riang itu masih bertanya.
“Aku mau ke rumah
Lebai Man,” jawab Seman dengan lambat-lambat.
SENI BAHASA
-Perkataan seni
berasal daripada kata “sani” yang bermaksud ketulusan hati atau jiwa yang luhur
dan indah.
-Bagi Plato, seni
merupakan karya yang berasal daripada peniruan bentuk alam.
-Secara jelasnya,
seni berbahasa merujuk seni penulisan, terutama dalam membentuk kerangka gagasan
keilmuan yang dilahirkan dalam bentuk yang kreatif dan imaginatif.
1) Pengaruh Bahasa Asing dalam Novel Interlok
Pengaruh Bahasa Arab.
Anak Lebai Man
bukan tak alim orangnya. Kalau kau mahu yang alim, mengaji Quran dah berapa kali khatam.
Pengaruh Bahasa Inggeris
…perkarangan tanah
yang luas, cukup untuk padang basketball.
Pengaruh Bahasa Cina
Sejurus kemudian
mereka pun keluar dari tong fang dan
sekali lagi memberi hormat kepada orang-orang tua dengan membuat kowtow dan…
Pengaruh Bahasa India
Maniam sangat suka
melihat penari-penari Khathakali
yang memakai topeng.
2) Simile.
Tangan Mak Limah
yang berkerut seribu dan kurus seperti cakaran itu terus menghentak-hentak..
3) Sinkof.
“Makmu sudah pergi?
Nah, kau dengar ni. Kalau aku mati, kau bawalah makmu keluar dari rumah ini…
4) Disfemisme.
Dia orang betina,
tak perlu tahu kerja orang jantan.
5) Repitisi.
Orang yang mati
itu, tidak mati, orang yang hidup itulah mati, kata hati Seman…
6) Personafikasi
Paman Kok Leng
mengangguk-anggukkan kepalanya yang bulan itu dan tocangnya melambai-lambai
macam ekor kuda.
7) Anafora
Rasanya bapanya
sudah hampir benar akan mati. Rasanya habis sahaja batuknya itu, nyawanya pun
melayang sama.
8) Peribahasa
Mereka itu tahu
Seman seorang yang rajin, tidak banyak cakap dan ringan tulang.
9) Hiperbola
Gejolak kemarahan
itu menjilat-jilat ke kiri kanan, mencari gas pembakar dari bahan-bahan kering
untuk menyemarakkan lagi nyalanya, untuk mempercepat kemusnahan
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
novel Interlok merupakan karya yang menceritakan perpaduan antara kaum iaitu
Melayu, Cina dan India yang berkorban demi keamanan negara. Karya ini juga
mengandungi bidang sosial, ekonomi dan politik. Segala pemikiran, nilai ilmu,
nilai budaya, seni bahasa dan lain-lain dapat memperlihatkan novel ini sebagai
karya sastera yang agung.
No comments:
Post a Comment