HIKAYAT RAJA PASAI
-HRP ialah karya sastera
sejarah Melayu-Islam yang tertua di Nusantara.
-Ditulis dengan aksara
jawi, hikayat ini menyorot peristiwa-peristiwa sejarah dalam linkup kerajaan
Pasai.
-Hikayat ini mencakupi
peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam tempoh waktu antara 1280 dan 1400M atau
bertepatan dengan 680H hingga 800H.
-R.O winstedt menyatakan
Hikayat Raja Pasai ditulis pada abad ke-15.
-Menurut Jones (1999),
terdapat 3 manuskrip Hikayat Raja Pasai iaitu di The Royal Asiatic
Society, London. Kedua di British Library, London dan ketiga di
Bibliotheque Nationale, Paris. (manuskrip yang disalin)
ISI DAN MESEJ
Menurut Kamus Dewan Bahasa Keempat (2010), mesej merujuk
kepada sesuatu gagasan, pengajaran dan lain-lain yang hendak disampaikan dalam
sesuatu karya sastera.
-Merah Silu bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW yang
mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah dan solat.
-Berjaya mengalahkan angkatan
tentera Siam.
3) Keagungan Salasilah Raja Pasai
NILAI BUDAYA
* Pengertian Budaya
-Secara umumnya, budaya
merupakan suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh
sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi.
1) Taat kepada raja dan pemimpin Contoh:
“Ya Tuanku Syah Alam, jika patik diceraikan dengan tuan
patik, baiklah Syah Alam ceraikan badan patik dengan kepala patik.” Maka
disuruh sultan penggalkan lehernya; lalu dipenggal oranglah
lehernya. Kepalanya dibuangkan ke laut dan badannya disula di Kuala Pasai.
(m/s 52)
2) Adat meminang Contohnya:
Mereka mempersembahkan segala kelengkapan dan segala
perhiasan yang dibawa itu diiringi kata yang baik-baik lagi sempurna daripada
yang memberi nasihat pada membersihkan muka segala manusia dan menerangkan
segala hati akan pekerjaan meminang tuan puteri itu.
(m/s 30)
3. Pewarisan takhta Contoh:
Setelah sampai segala makanan itu, maka Sultan pun
merajakan seorang anaknya yang tua di negeri Ma’abri itu sebagai
ganti baginda menjadi raja.
(m/s 22)
Sultan bertitah, “ Hai segala kamu sekalian menteri
hulubalang dan segala rakyat bala tentera, bahawa aku hendak merajakan Sultan Maliku ’I-Mansur
ini kerana aku hampirlah rasanya akan meninggalkan negeri yang fana
ini kembali ke negeri yang baqa itu. Apa bicara kamu
sekalian, sukakah atau tidakkah?”
4) Amalan menyabung ayam Contoh:
Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung
ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar
taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang
bermain sabung ayam di Buluh Telang.
(m/s 17)
PANDANGAN HIDUP
-Satu konsep mengenai pandangan hidup alam semesta secara
keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi
oleh satu sistem nilai tertentu.
-Suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat tertentu
yang melibatkan hubungan manusia dengan tuhan (agama), alam, dan sesama manusia
(Rashid Idris et al: 2014)
-Sistem kepercayaan yang wujud dalam masyarakat tersebut
yang dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seharian
1) Penyebaran dan Penerimaan Agama Islam
Pada keesokan harinya, datanglah fakir itu membawa
al-quran 30 juz itu kepada Sultan Malikul ‘I-Saleh, maka diunjukkan oleh
fakir itu al-quran kepada Sultan Malikul ‘I-Saleh; maka disambutnya dengan
takzim lalu dijunjungi serta dibukanya lalu dibacanya, tiadalah ia minta
diajari lagi, tahulah ia membaca sendirinya. Fakir dan Syeikh Ismail pun
mengucap,“Al-hamdu lillahi rabbi’l-’alamin.” Syeikh Ismail meminta dihimpunkan
segala hulubalang dan segala rakyat. Apabila sudah berhimpun sekaliannya,
Syeikh Ismail mengajar mereka mengucapkan dua kalimah al-syahada dengan tulus
ikhlas serta yakin hati mereka. Sebab itulah negeri itu digelar Darul-Islam,
kerana orang negeri itu tidak dipaksa mengerjakan kerja masuk agama islam.
2) Sumber Alam Semula Jadi
Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang
baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut
jalan arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian
meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah S.W.T, mereka sampai di sebuah
negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di
sebelah-menyebelah sungai itu.
3) Ketaatan kepada Raja dan Pemimpin
Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua saudara dan
saki-baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia
kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.
NILAI ILMU
-Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2010:1081), nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu dan taraf.
-Kehidupan masyarakat Melayu
sememangnya tidak boleh terlepas daripada peraturan yang perlu dipatuhi
berdasarkan kesepakatan masyarakat.
-Ilmu pula bermaksud pengetahuan
dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan sebagainya.
-Penggunaan istilah seperti pandai
besi dan pandai keris digunakan bagi memberi gambaran bahawa orang Melayu
sangat mengiktiraf dan menghormati orang yang berilmu.
1) Ilmu Firasat
-Menurut Sulastin Sutrisno dalam Mohd Rashid Md Idris
(2014:158), orang yang mempunyai ilmu dapat merasai, melihat atau mengetahui
terlebih dahulu sesuatu perkara yang belum terjadi.
-Umumnya ilmu firasat dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu ilmu firasat tilik nasib, firasat mimpi dan firasat
terhadap binatang.
a) Firasat Mimpi
Firasat mimpi pula dapat dilihat
apabila Merah Silu bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad.
“Sementara itu Merah Silu
bermimpi. Dalam mimpi itu, seorang menampung dagu apabila dengan jari dan mata
Merah Silu juga tertutup dengan empat jarinya, lalu orang itu berkata, ”Hai
Merah Silu, ucap olehmu dua kalimat syahadah.” Sahut Merah Silu, “Tiada hamba
tahu mengucap akan dia.” Kata orang itu, “Bukalah mulutmu.”
Merah Silu
membuka mulutnya. Orang itu meludah ke dalam mulut Merah Silu, dan dirasainya
lemak manis. Ujar orang itu, “Hai Merah Silu, engkaulah Sultan Malik as-Salleh.
Kamu sekarang telah Islam kerana kamu telah mengucap dua kalimah syahadah.
Sekarang segala binatang yang hidup, halal engkau sembelih dan engkau makan.
Yang tiada sembelih jangan engkau makan.
Dalam empat
puluh hari lagi ada sebuah kapal datang dari Makkah, barang segala katanya dan
barang segala perbuatannya yang berpatutan dengan segala pekerjaan agama Islam
orang yang dalam kapal itu janganlah engkau lalui, dan hendaklah engkau turut
apa yang diajari itu.ini?”
“Siapakah tuan hamba ini?” Maka
sahut suara dalam mimpi itu, “Akulah nabi Muhammad rasul ilahi salla illahi
‘alaihi wa-sallam yang di makkah itu.”….
(HRP:23)
Pada
keesokan harinya, maka Syeikh Ismail pun turun ke darat menghadap Sultan
Maliku’l-Saleh. Apabila bertemu dengan Sultan Maliku’l-Salleh, Syeikh Ismail
berkata, “hai sultan, ucaplah oleh tuan hamba dua kalimah al-syahadah.” Maka
Sultan pun mengucap, “Asyhadu an lailahaillallah wah dahu la syarika lahu wa
asyhadu anna muhammadar ‘abduhu wa rusuluh”.
(HRP:24-25)
Mimpi Merah Silu menjadi kenyataan
apabila telah datangnya sebuah kapal dari Makkah yang telah diketuai oleh
Syeikh Ismail. Syeikh Ismail telah mengislamkan penduduk Samudera dan negeri
samudera telah ditukar kepada Samudera Darul Islam.
b) Ilmu Firasat Terhadap Binatang
-Ilmu firasat terhadap binatang
turut diamalkan dalam Hikayat Raja-Raja Pasai.
-Ilmu ini biasanya mengangkat nama
binatang yang dianggap luar biasa, memberi keistimewaan kepada sesuatu perkara
dan sebagainya.
-Oleh itu, binatang diberikan
penghormatan oleh raja-raja pada zaman dahulu.
-Semut memainkan peranan penting
sehingga tertubuhnya sesebuah kerajaan atau negeri. Dalam Hikayat Raja-Raja
Pasai, nama negeri Samudera dikatakan ada kaitan dengan semut yang besar. Oleh
sebab itu, negeri tersebut dinamakan Samudera.
Tersebutlah
hal Merah Silu di Rimba Jerun pergi memburu. Dia membawa seekor anjing
pemburuan. Nama anjingnya itu Si Pasai. Merah Silu melepaskan anjing itu, lalu
anjing itu menyalak di atas tanah tinggi. Dilihatnya ada seekor semut sebesar
kucing. Merah Silu menangkap semut itu lalu memakannya. Merah Silu menyuruh
orang menebas kawasan itu lalu membuat istana di situ. Merah Silu pun duduk di
sana, dengan segala hulubalang dan rakyatnya. Merah Silu menamakan negeri itu
Samudera ertinya semut yang amat besar.
(HRP:21)
Anjing juga
memainkan peranan penting sehingga tertubuhnya sesebuah kerajaan atau negeri.
Dalam Hikayat Raja-Raja Pasai, penemuan negeri pasai dikaitkan dengan anjing
pemburuan Sultan Maliku’l-Salleh yang bernama Si Pasai.
Pada suatu hari, Sultan Maliku’l-Salleh pergi bermain-main dan berburu dengan segala askar ke tepi laut. Sultan Maliku’l-Salleh membawa seekor anjing perburuan bernama Si Pasai.
“Apabila sampai di
tepi laut, anjing pemburuan itu pun dilepaskan. Anjing itu terus masuk ke dalam
hutan di tepi laut itu. Si Pasai bertemu dengan seekor pelanduk di atas tanah
yang tinggi. Anjing itu menyalak hendak menangkap pelanduk itu. Pelanduk itu
hendak menerkam anjing itu, dan anjing itu terus menyalak dan mengacah-acah
pelanduk sambil anjing itu berundur…
Kata Sultan
Maliku’l-Salleh kepada segala orang yang ada bersama-sama baginda, “Adakah
pernah kamu lihat pelanduk yang gagah seperti ini? Pada bicaraku sebab ia diam
pada tempat ini, itulah sebabnya pelanduk itu menjadi gagah.” Jawab segala yang hadir, “sebenarnyalah seperti
kata tuanku itu.”
Kata Sultan
Maliku’l-Salleh sambil berfikir, “baik tempat ini kuperbuat negeri. Anakku
Sultan Maliku’l-Tahir akan dirajakan raja di negeri ini.”
Kata Sultan Maliku’l-Salleh kepada segala orang yang ada bersama-sama baginda, “Adakah pernah kamu lihat pelanduk yang gagah seperti ini? Pada bicaraku sebab ia diam pada tempat ini, itulah sebabnya pelanduk itu menjadi gagah.” Jawab segala yang hadir, “sebenarnyalah seperti kata tuanku itu.”
Kata Sultan
Maliku’l-Salleh sambil berfikir, “baik tempat ini kuperbuat negeri. Anakku
Sultan Maliku’l-Tahir akan dirajakan raja di negeri ini.”
Kata Sultan
Maliku’l-Salleh kepada segala orang yang ada bersama-sama baginda, “Adakah
pernah kamu lihat pelanduk yang gagah seperti ini? Pada bicaraku sebab ia diam
pada tempat ini, itulah sebabnya pelanduk itu menjadi gagah.” Jawab segala yang hadir, “sebenarnyalah seperti
kata tuanku itu.”
Kata Sultan
Maliku’l-Salleh sambil berfikir, “baik tempat ini kuperbuat negeri. Anakku
Sultan Maliku’l-Tahir akan dirajakan raja di negeri ini.”
Sultan
Maliku’l-Salleh pun kembalilah ke istana. Pada keesokan harinya, baginda pun
memberi titah kepada segala menteri, tentera hulubalang dan rakyat menebas
tanah untuk dijadikan negeri. Baginda membuat istana di tanah tinggi itu.
Setelah
selesai jadi negeri itu, anjing pemburuan yang bernama si pasai itu pun matilah
di tempat itu. Sultan menitahkan supaya Si Pasai ditanam di situ juga. Negeri
itu kemudiannya diberi nama Pasai.
(HRP: 37-38)
2) Ilmu Nujum
Ilmu nujum merupakan ilmu meramal
sesuatu.
-Peristiwa Sultan Maliku’l-Salleh
mencari permaisuri.
Setelah sudah dipersembahkan
oleh orang yang melihat itu, maka disuruh Sultan Maliku’l-Salleh panggil ahli
nujum. Datanglah segala ahli nujum “lihatlah apalah oleh tuan-tuan sekalian
dalam nujum kamu akan anak raja perlak itu, yang mana baik, kita ambil.”
Segala ahli
nujum pun melihat nujumnya dan membilang-bilang ramalannya serta menggerakkan
kepalanya lalu berdatang sembah segala ahli nujum itu, “ Ya Tuanku Syah Alam,
jikalau tuan puteri yang duduk tinggi pada martabatnya itu syah alam ambil,
nescaya datang kepada anak cucu Syah Alam kerajaan tiada berkeputusan terlalu
sekali bahagia.”
(HRP: 31-32)
3) Ilmu Sakti
-Ilmu luar biasa.
-Contoh:
-Kepahlawanan Tun Beraim Bapa
Tun Beraim Bapa terlalu perkasa
seperti pahlawan yang tiada tandingannya pada akhir zaman itu. Tingginya tujuh
hasta dan bidang dadanya dua hasta. Jikalau tujuh depa tebal kota tanah,
dilontarnya dengan batang kelambir, luluh tembus.
(HRP:59)
4) Ilmu Ghaib
Ilmu yang boleh menghilangkan diri
sendiri atau apa-apa sahaja dan tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia.
….Baginda berbahasa pula baginda
dengan gurunya pahlawan kampung langgar, maka dilontar sebuah pinang kotai.
Maka diparangnya oleh Tun Beraim Bapa penggal dua, sebelah ghaib tiada
kelihatan dan sebelah terlantar di bumi
(HRP: 74)
TEKNIK KEPENGARANGAN
-Kepengarangan merujuk kepada
keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang itu dalam berkarya.
-Kepengarangan ini dapat
menerangkan kekuatan, keistimewaan atau kelemahan seseorang pengarang.
-Seseorang pengarang mempunyai
pengalaman artistik dan berharga yang mempengaruhi daya kreativitinya ketika
berkarya
1) Teknik Penceritaan
-Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab.
Kadir (2007), teknik penceritaan atau dikenali juga sebagai teknik plot
ialah kaedah atau cara yang dipilih oleh pencerita atau penulis untuk
membina atau menyampaikan sesuatu cerita atau kisah yang dikemukakannya
itu menarik dan tidak membosankan pendengar, penonton atau pembaca.
-Pengarang akan menggunakan
pelbagai kaedah seperti dialog, pemerian, monolog, imbas kembali dan lain-lain
bagi menghasilkan karya yang menarik.
2) Pemerian
-Teknik ini digunakan untuk
menggambarkan sesuatu seperti pemandangan, kejadian, benda, watak dan banyak
Tun Beraim Bapa terlalu perkasa
seperti pahlawan yang tiada tandingannya pada akhir zaman itu. Tingginya tujuh
hasta dan bidang dadanya dua hasta. Jikalau tujuh depa tebal kota tanah
dilontarnya dengan batang kelambir, luluh tembus.
(HRP: 59)
3) Dialog
-Digunakan untuk perbualan antara
watak yang membolehkan pembaca memahami pemikiran, pendapat, pergolakan yang
dialami oleh watak-watak.
Raja Ahmad berkata, “Hai, adinda Raja Muhammad, manatah anak tuan itu, kakanda
hendak melihat.”
Raja
Muhammad memanggil inang dan berkata, “Hai inang pengasuh bawalah anakku itu ke
mari.”
(HRP:3)
4) Monolog Dalaman
-Teknik yang menonjolkan
watak-watak berkata-kata dalam hati tanpa sebarang ucapan.
Setelah mendengar dan menimbangkan
kata-kata Merah Hasum itu, Merah Silu berfikir dalam hatinya, “Baiklah, jikalau
Merah Hasum berkata demikian kepadaku, aku pun hendak mencari tempat
diam.
(HRP: 15)
5) Unsur Mitos
-Suatu unsur dongeng atau kejadian
luar biasa yang tidak dapat diterima logik akal tetapi diketengahkan sebagai
suatu peristiwa yang benar-benar terjadi.
-Alat untuk membenarkan sesuatu
perkara dalam sesebuah hikayat.
-Dapat menunjukkan kekreatifannya
dalam usaha untuk menarik hati para pembaca
-Mitos pembukaan negeri Samudera
Tersebutlah hal Merah Silu di Rimba Jerun pergi berburu. Dia membawa seekor
anjing perburuan. Nama anjingnya itu Si Pasai. Merah Silu melepaskan anjing
itu, lalu anjing itu menyalak di atas tanah tinggi. Dilihatnya ada seekor semut
sebesar seperti kucing. Merah Silu menangkap semut itu lalu memakannya. Merah
Silu menyuruh orang menebas kawasan itu lalu membuat istana di situ. Merah Silu
pun duduk di sana, dengan segala hulubalang dan rakyatnya. Merah Silu menamakan
negeri itu Semudera ertinya semut yang amat besar.
(HRP:20)
Pengarang telah menerangkan
kedatangan agama Islam ke negeri Pasai dengan pengislaman Merah Silu
Kata
Merah Silu, “Asyhadu an al ilahaillallah waasyhadu la syarik lauh, wa asyhadu
ana Muhammadar ‘abduhu wa rasuluh.” Setelah sudah dia mengucap dua kalimah itu,
maka dia membaca al-Quran tiga puluh juz hingga khatam. Kata orang banyak dan
segala hulubalang akan Merah Silu itu, “Ada pun raja kita ini keluar katanya
itu tiada kita tahu akan katanya itu.”
(HRP: 24)
SENI BAHASA
-Perkataan seni berasal daripada
kata “sani” yang bermaksud ketulusan hati atau jiwa yang luhur dan indah.
-Bagi Plato, seni merupakan karya
yang berasal daripada peniruan bentuk alam.
-Secara jelasnya, seni berbahasa
merujuk seni penulisan, terutama dalam membentuk kerangka gagasan keilmuan yang
dilahirkan dalam bentuk yang kreatif dan imaginatif.
1) Pengaruh Bahasa Asing dalam
Hikayat Raja-Raja Pasai
Pengaruh Bahasa Arab
Kamu sekarang telah Islam kerana
kamu mengucap dua kalimah syahadah.
Sekarang segala binatang yang
hidup, halal engkau sembelih dan engkau makan.
Pengaruh Bahasa Jawa
Maka tatkala didengar ayahanda dan
bonda baginda sembah Raden Galuh demikian…
Pengaruh Bahasa Sanskrit
Pasai lalu masuk ke dalam istana Sultan
Ahmad.
2) Gaya Bahasa dalam Hikayat
Raja-Raja Pasai
Simile
Raja Muhamad terpandang rebung di
tengah-tengah buluh itu besarnya seperti badan manusia.
Sinkop
…”Pergi engkau katakan kepada
saudaraku, …”
…jikalau Merah Hasum berkata
demikian kepadaku…
Disfemisme
…berjaga-jaga seperti adat segala
raja-raja beranak…
Maka ditanamkan orang seperti adat
segala raja-raja…
Eufemisme
Ketika itu sultan sudah gering.
Sultan Malikul ‘l-Mansur pun berangkat berjalan
ke tepi…
Polisindeton
jikalau ia berdiri di pintu maka berseri
pintu, dan jikalau ia berdiri di lepau maka
berseri rupa lepau itu dan jikalau ia berdiri di
pekan nescaya bercahaya segala pekan itu.
Anafora
Berita Tun Abdul Jalil masyhur hingga ke benua Jawa.
Berita itu juga sampai kepada Tuan Puteri
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, karya agung
merupakan sebuah karya klasik yang telah meninggalkan kesan dalam aspek budaya,
pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan sehingga hari ini
bersama sesuatu bangsa. Karya agung juga boleh dianggap sebagai cerminan
terhadap budaya masyarakat Melayu. Hal ini demikian kerana, lazimnya
penceritaan yang dihasilkan oleh penulis dalam penghasilan karyanya
melambangkan adat dan budaya masyarakat Melayu yang masih kekal sehingga ke
hari ini. Meskipun terdapat unsur mitos atau dongeng dalam sesetengah karya
namun, masih lagi terdapat unsur-unsur pengajaran dan nilai yang boleh diambil
dalam karya-karya klasik tersebut. Antara contoh karya klasik yang terdapat
dalam masyarakat Melayu ialah Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-Raja Pasai,
Merong Mahawangsa, Misa Melayu, Tuhfat al-Nafis, Sulalatus al-Salatin dan
sebagainya. Dalam Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, kami telah mengkaji
daripada pelbagai aspek misalnya, nilai budaya, pandangan hidup, nilai ilmu,
teknik kepengarangan, dan seni bahasa. Ternyata karya ini merupakan karya yang
sangat tinggi nilainya kerana terdapat banyak perkara yang mampu dikupas dalam
karya ini. Ini membuktikan bahawa karya ini sememangnya karya sangat sesuai
digelar sebagai karya agung dan karya ini perlu dikekalkan dan diketengahkan
dalam masyarakat dan generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment